Wednesday, March 25, 2015

Provisional Register Pharmacist 2015/2016 : Hospital Pontian

Assalammualaikum.
Wow. This is the longest hiatus I took. Last post was on February 2014. Tu pun pasal drama korea. Lol.flying crazy rabbit

Haha. Harini rasa macam nak update blog sbb a new stage of my life started. Alhamdulillah finally after 5 months of waiting since graduation, dapat jugak surat panggilan dari KKM untuk jawatan Pegawai Farmasi U41 Provisional Registered Pharmacist (PRP).

So how was the chronology of my posting.??...

1) SPA interview atAIMST University (during final semester) - May, 2014 
2) Receiving SPA - September 2014
3) Graduation - October 2014
4) Register BLESS (one week after convo)
5)waiting.....
6)waiting.....
7)waiting......
8)Dapat posting. Check through online. Dia bagi tahu negeri mana yang dapat. - March 19.2015
*Be prepare, sbb KKM bagi masa yg singkat je untuk kita lapor diri dari tarikh pemberitahuan. Paling lama seminggu.
9)Dapat surat dari KKM (poslaju) - 20 March, 2015
10) Lapor diri kat Jabatan Kesihatan Negeri - 24 March 2015.

Pagi tu lepas dah lapor diri kan JKN. Miss tu suruh pergi Hospita Permai Lama, Bahagian Farmasi. Aduh berpusing nak cari sampai ke Hospital Tampoi ktorg sampai. Hehe. Time aku smpi tu dah lambat sikit, semua prp dah gather kat situ, so kawan aku cakap Batu Pahat dah penuh. Huwaaaa scratching crazy rabbitTu la kan siapa suruh lambat. Dia kata mula-mula penyelia tu akan tanya kat semua org, siapa nak hospital *sekian sekian*, Contohnya macam Hospital Sultanah Nora Ismail (BP), ada 7 orang angkat tangan, tapi kat HSNI ada empat je kekosong. So dia draw, lagi 3 orang tu nasib la dapat mana-mana. But if ada mutual agreement among PRP, kita boleh exchange sebelum penyelia tu keluar kat surat. Hot hospital yang prp ramai2 nak kat Johor ni adalah HSA,HSI (JB), HSNI (BP) and HPSF (Muar). 

Memandangkan aku dan seorang prp ni lewat, lepas bersurai tu ktorg dua stay la. Tunggu penyelia tu cakap. So dia bagi HSI and Hospital Pontian. The other prp tu nak HSI, so aku terpaksa la terima Hospital Pontian. Ada hikmat kot sbb kalau aku dapat HSI, kawan U aku tu nak suruh tukar dgn dia kat Segamat. So aku tak la dilemma sgt.

Lepas dah dapat surat untuk lapor diri ke respective hospital, on that day itself kena pergi ke hospital masing2 untuk lapor diri. Rushing?? Of courseeee! Nak lagi bila aku dah expect aku dpt BP, so aku x prepare pun barang2, baju2 semua. Rumah sewa lagi...Pheww

Aku mintak cuti dari Ketua Pegawai Farmasi kat Hospital Pontian ni. Lepas dah settle semua tu, aku balik rumah packing barang2 semua dah sekarang aku dah ada kat Pontian. Tadi terbahak2 gelak degan adik ng kakak aku sbb semalam dgn harini seharian berjalan kat Pontian. Ke Pontian Ke Kite?? Saboo je lahhdunno crazy rabbit

So insyaAllah esok permulaan yang baru untuk aku as a working lady. Aku harap aku boleh survive satu tahun ni as PRP. Even at first aku agak down sebab tak dapat posting tempat yang aku nak tapi aku rasa macam banyak benda lagi aku kena bersyukur. Aku dah dapat kerja ni pun dah lebih dari cukup. Sebab at the end, semua benda depends on your mindset. If you are being positive, you'll have a beautiful journey ahead.

So everyone (lol macam la ada reader) please pray for me. Harapnya ni semua diberkati Allah. Amin!

I know it won't be an easy journey but I will look forward for my new adventure!

Ps : Terima kasih sgt kat Abah yg drive, Kaklong ng Eda yang teman dari  mula masa nak lapor diri. Sangat2 appreciate. Tak tahu la macam maca rasanya kalau buat semua ni sorg2. Terima kasih kat Emak for everything, I can never repay you back. To Bangah and Wadiah for being part of my journey too. May Allah bless you, my family. You are the best! love you crazy rabbit

Okay till we meet again. *entah bila lagi laa. Haha.


Monday, February 24, 2014

You Who Came From The Stars/ My Love From Another Star. :)



Hello. Okay this post might sounds so drama-queen story. Well this is my first entry talking about kdrama. It had been quite a long time I didn't watch kdrama. (Well I used to be a kdrama addict for a moment). It either I'm too busy or I didn't have the source to get the drama. But above all, although I have time and all there is ONE main and particular reason I didn't watch, it is simply because I don't want to deal with my emotion when the drama that I'm too attach with comes to end.

Then, here come this drama...

At first I don't have any intention to watch it. But because I have quite plenty time wasted (plus suggested by my friends), so I decided to watch it. The first reason that captured my intention is the leading couple ; Kim Soo Hyun and Jun Ji Hyun. Before this I neither watch any drama that KSH nor JJH acted. So I really have no idea their acting skills. I just simply like them. And yes they are perfectly matched though they have age gap of 7 years. Enough said.


 I don't want to give any review of the drama. I just want to share what I felt watching through this drama until now when  2 episodes left. Counting down to say goodbye. Dush by just thinking that, I feel quite emotional (Drama-queen). As I started to watch this drama late, I'm having a marathon watching the episodes 1-19 for four days! It is quite slow because I need to wait to download it. If not maybe within 1 or 2 days I can catch up. Haha. *Over*

I never downloaded any kdrama before, so YWCFTS marks my first trial downloading kdrama and luckily it succeed. Haha. I'm so excited to watch it because I can see the compatibility of the actors. Well, I'm right. Not disappointed at all.

And through this drama, I then know how it feel the roller-coaster feeling. The feeling when you feel happy, funny, sad, nervous, angry and all in one time. Well, I might be biased for this drama because I love the leading couple. Krik krik.

This drama is really good except except except that it has an ending. Blergh. I really hate to handle my feeling when the drama that I really really really love comes to an ending. I can't bear the withdrawal-symptoms. (Drama-queen again). The ending is so unpredictable. But I'm freaking need this drama to have a happy ending like seriously. :p * Yeah yeah I know, it sounds so cliche but hey it's my favorite drama though, I must need a happy ending) Lol.

I'm so over right? Although it is just a drama. Well, this kind of drama have a power to play with my emotions. I know I have no right to say this as I'm not the kdrama hardcore fan in which I can compare which drama is good or not but I still want to say this is the best kdrama that I've ever watch .But I must admit when it come to an OST, You are Beautiful & Secret Garden still have a power there. Hihi.

Finally, this drama is not typical kdrama that we always watch. It will become more atypical if it has a sad ending (which I really don't want).

I love this drama so much. Can you feel it? Hahahahaha.


I'm a drama queen. :D

( GIF credited to tumblr http://weobin.tumblr.com/)
(Pic credited to Google)

Ps; I just realize this is my first post in 2014. :) 

Tuesday, December 31, 2013

2013 : Dan Jika Kau Tahu...

Jika kau tahu,

Tidak mungkin ingin 
kau menghakimi aku,
Tidak mungkin mahu
kau sekadar berkata-kata.

Dan jika kau tahu,
Tidak mungkin betah
kau berada di tempat ku,
berdiri di kaki ini

Dan aku ingin kau tahu,
Diriku adalah diriku,
Tidak sama denganmu,
Senyuman ku berikan
Walau dasar hatiku
Bergitu banyak gelora,
Kerana itu pilihan aku,
Menyimpan dan memendam rasa,
Memberi dan tersenyum.
Dan jika kau tahu,
tentang rasa itu.
Aku ingin sekali kau tahu,
Tapi itu keingianku bukan keinginamu.
:'(
Bismillah.
2013 bakal melabuhkan tirai, Reflect kat diri dan tanya. Sepanjang tahun ni, kita orang2 yg beruntung atau orang2 yg rugi. Allah. Tak tahu nak letak diri kat mana. Banyak sgt kurang, tapi aku berharap Allah redha dengan semua yang aku buat. InsyaAllah. Masih lagi dalam exam mode, tapi aku ambil masa nak coretkan psl wishlist aku untuk 2014...

1) InsyaAllah, bukan setiap tahun tapi setiap hari aku berharap aku dapat jadi a good muslimah tapi masih lagi aku kat takuk yang sama. So aku harap aku akan lebih semangat dalam jaga aurat, be a good doctor,(baca balik, apesal entah aku tulis doctor?? Wakaka. Its supposed to be DAUGHTER okay) sembahyang di awal waktu (uhuk3), jaga agama semua. Amin.
2) Graduate. Yeah 2014 is approaching, mudah-mudahan panjang umur, tak sangkut apa2 paper dapat lah aku graduate. Amin.
3) Buat amal kebajikan. Ingat kalau lepas graduate tu ada banyak masa cuti aku nak join buat kerja2 amal. Kalau ada rezeki. Impian aku dari dulu...
4) EXERCISE!!! Phew, Yang ni setiap naik sem mesti aku berangan nak jaga kesihatan tapi tak pernah tercapai.
5) Eat healthy food. Badan ni pun satu amanah Allah untuk kita.
6) Pergi umrah. (Hope dapat durian runtuh, tak ada duit sendiri lagi. Sobss)

Eh sikitnye wishlists aku. Hihi. Actually aku ada banyak tapi buat masa sekarang aku rasa ni yang penting. InsyaAllah kalau satu yang tercapai aku dah cukup berterima kasih. Please be me yaAllah throughout this life. Amin.

Sunday, November 24, 2013

Mentaliti kita. Allah kan ada.



.Bismillah.

Sejak kebelakangan ni, heboh pasal cerita Ahmad Ammar. Untungnya dia. Pelajar cemerlang straight As' yang ambik bidang sejarah Islam. Aku kagum. Membaca kisah dia, memang selayaknya dia diberi penghormatan sebegitu.

Aku merenung seketika. Melihat sekeliling. Dalam dunia kita sekarang. Termasuklah diri ini sendiri.
Ya, kita hidup di bumi, dalam komuniti sebegini. Kalau results cemerlang amik lah medic etc. Minat ke tidak belakang cerita. Yang penting amik medic, senang dapat kerja, gaji banyak. Untuk masa depan, abaikan lah cita-cita anak itu. Impian dia. Pentingkanlah masa depan dia.

Sungguh. Aku tak pernah menafikan niat murni ibubapa. Aku tahu mereka mahukan yang terbaik. Untuk masa depan anak-anak. Tapi aku sekarang dah berada di tahap yang matang. Perjalanan aku dalam mencari agama, membuat aku terfikir sejenak. 

Untuk apa semua ini? Apa niat kita?

Aku sendiri berfikir sebegitu, senang dapat kerja. But what are all of this about?? We are going to die someday, somehow. Is that all worth at the end? NIAT. Kebergantuang kepada bidang yang diambil, belum tentu boleh buat kita senang. Niatkalah semua tu untuk cari redha Allah. Allah yang tentukan rezeki. Bukan manusia, bukan kerjaya. 

Post aku ni bukan nak kata tak bagus amik medic ke dentistry ke pharmacy ke. 
Untuk mereka yang betul-betul minat dalam bidang medic ni, teruskanlah, semoga Allah permudahkan perjalanan kalian untuk membantu manusia.

 Post ni lebih kepada untuk membuka minda, luaskan mentaliti kita. Rezeki tu milik Allah. Tapi aku tak tahu mentaliti ini boleh diubah ke tidak. Kita hidup dalam kominiti ini, istilah dia macam "masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang lembu mengembu". Kita ikutkan jelah.

Alhamdulillah for all I have. Sekadar pandangan bukan 

Biarkan aku terus berfikir. Kerana aku belum mampu untuk mengubah diri apatah lagi untuk mengubah dunia. ( Solat 5 waktu pun tunggang langgang) -__-

yaAllah permudahkanlah perjalanan aku, Ikhlaskanlah hati aku. Redhakanlah kehidupan aku.
Salam.

Ps; I'm not a medic student. Hehe.

Sunday, November 10, 2013

A Learner vs. A Student.

Halo halo halo.
Assalammhualaikum. Huh first time tulis blog guna phone.

Aku baru bangun tidur, solat zuhur semua.
Tak tak bukan baru bangun, dah bangun dah pagi tadi tp tengahari
tadi tidur balik. Tepu katanya..Herm.

Well, stressnye exam kali ni, chapter byk sgt.
Tak mcm previous midsem. Macam final pun ada jugak.
Aku keep on suapkan kepala aku dengan notes ni semua.
Ada time sikit aku main candy crash, nak hilangkan stress katanya.

Then, bila tudy sorg2, pergi library sorg2, pergi makan sorg2 ni, Aku mula berkata dengan diri sendiri. Bukan mental tapi mcm monolog ke apa tah..

"I love to learn but I hate to study"

Kelas tak monolog in english?. kuikui. Entah lah. Taktahu lah kalau sbb aku penat atau stress atau tepu atau mengada ngada.
Tapi itulah aku rasa.  I have to accept the fact that I'm living in this community. People just want to see your results, not your efforts.
Herm. Dah mcm Nanny McPhee dh cakap herm herm ni.

Belajar,belajar, pass and graduate. insyaAllah. That is a life that I'm living now.

When the fact is my heart always longing to do something that I love, to become a learner instead of typical student. Travelling aroud the world
and be close with the nature (Arghhh I love nature) pokok pokok,hutan,
sungai. Berkhidmat utk community, tolong anak anak miskin ,orang susah (That is one of my secret dream).

And to achieve all of that I need MONEY. And I have to be a student, graduate,get a job. Yeahhh reality strikes back. Tapi bila aku dah dapat kerja semua nanti (Amin amin insyaAllah) aku akan buat ke semua yg alu impikan tu? Haish.

yaAllah. Apa apa pun aku doakn Allah bagi yg terbaik.
Reality, reality why make me in this confusion state.?
Cant you just let me live happily ever after with my dream?

Okay sambung baca Geriatric Pharmacy. (Drug Modeling, Pharamcologu IV, Biochem, Clinical Pharmacy, Pharmaceutical Management)
Phewwww.

You can do it Jannah! insyaAllah.

Adios~

Friday, November 8, 2013

In my own world.

Salam.

Hmm tiba2 rasa nak menulis, Setelah sekian lama mengadap lecture notes (lame ke???)
tibatiba rasa nak menulis.
Nak meluahkan mungkin.
Aku nak bercakap pasal diri sendiri...yang bila ada dekat Aimst, 
I live in my own world.
Aku dah jadi sangat2 terbiasa dengan diri sendiri or to be exact
to be alone. Aku rasa macam aku tak kisah dunia lain.
Yang penting aku lulus semua exams, dapat call mak setiap hari
dan tunggu masa untuk grad. InsyaAllah.
Tapi at the same time I dont like to be like this.
Sampaikan bila sampai waktu makan pun, aku malas sangat nak turun makan,
dan lepas tu aku pujuk diri makan untuk mak, untuk family.
Sure mak aku tak nak aku sakit, atau abaikan makan kan?
So aku pergi lah turun makan nasi. -___-
Pelik.
Tapi itulah kehidupan aku lately.
Sebab final year ke?
Sebab aku nak ikut kepala aku ke?
Jawapannya masih lagi ENTAH. Aku dan dunia aku.

Ps; Doakan exam pertama aku untuk final year ni. Semoga cemerlang. Boleh tolong boost up pointer aku sikit. Hehe. Above all semoga Allah bagi berkat kat ilmu ilmu aku ni. 

Adios.


tumblr_movkb4h4b61rnr4rko1_500.gif (500×281)tumblr_movkb4h4b61rnr4rko1_500.gif (500×281)

Saturday, September 7, 2013

Final Year?

Hujan.

Bismillah. Hmm hari ni hari Sabtu, Isnin lepas aku dah start kelas for my FINAL YEAR. yaAllah I myself can't believe that now I'm at this stage. It really do like a dream. Semua benda terasa cepat.

And well starting from this sem dah start kena pergi hospital semua. Hari tu kena briefing dengan pharmacist. Ohh myy scary gila kot. Expectation dorg sangat tinggi. Denggg. Masak lah aku next week dan seterusnya. yaAllah permudahkan lah.

And dear self. Be strong. Keep your self strong.
Posted on by TheGenn | No comments

Friday, May 31, 2013

RIP Lil' Kitty

Assalammualaikum.

Lama tak jenguk blog ni. Hmm semalam satu ekor anak Noa mati. Abah terlanggar. Sedih jugak. Dah lah dia paling aktif semua. Takpe lah. Mungkin peringatan kecil yang kita semua akan mati jugak bila sampai waktunya. Muhasabah. Bye sayang, even kejap je kita jumpa but I love you forever  and ever. InsyaAllah. Surely Allah will let you rest in peace, sayang :') 

Thursday, March 7, 2013

That beautiful memories.

Assalammualaikum

Despite so many things to do I choose to write here first.
Sebab kalau aku tangguh, nanti malas dah  nk tulis.


 Well 1-3 March 2013 hari tu Aimst jadi tuan rumah for 4th National Pharmacy Quiz. Dan aku dah di recruit untuk tolong kawan aku under registration. Well 3 weeks sebelum berlangsung group leader aku cakap yang aku kena incharge group form indonesia which is Universitas Sumatera Utara.

Well here the story before, during and after the event...

Before,

Hmm event ni diadakan time weekend. So aku ni kan overthinking org nya. Belum pun event to start aku dah fikir penat semua lah. Yelah weekdays penat pastu weekend plak ada big event plak tu. Huh.
Macam-macam aku fikir. Aku fikir how to communicate with them, how will be their character and so on. Cuak pun ada jugak. Hehe. Aku usha2 nama budak yang join quiz itu, there is one name caught my eyes Bintang Dwiputra. Whoaaah. Well aku suka stars. So macam terkejut ada org nama bintang. Huhu.

During the event,

(Jumaat) Okay lama jugak nak tunggu dorg dtg. Well malam tu dorg dtg aku temankan dorg makan dulu. Agak awkward but I tried my best to be nice. So keesokkan harinya (Sabtu) aku dah mula close to them. What can I say, they are very warm, nice and friendly. Aku rasa best diberi chance to part of this event. Pengalaman yang bermakna. Tambah2 bila aku kena jaga universiti dari luar. :)

(Ahad) The last day they are here. Aku teman dorg amik gambar. semua. Hehe. Masa berlalu cepat. Aku tak dapat nak cerita evey single things with them kat sini. Malam tu bila dah habis event semua baru perasaan sedih tu datang. Petang tu dah kiranya last jumpa. Tapi time dinner terjumpa dorg lagi.. Dorg lom balik lagi sbb dorg planning nak pergi Langkawi Isnin tu. Dorg ajak mkm skali tp aku dah makan dan aku tak solat lagi. Pastu aku balik bilik. Tiba2 hari tergerak nak pergi kafe. I told myself that I might be regret if I didn't meet the for the very last time. Dah solat tu aku g kafe. Borak2 semua :)
Pastu hantar dorg balik hostel. Time nak bye2 dorg tu mata si Arnes tu bergenang. Sebak gak aku. Huhu. Then aku balik bilik. Sedih but no regrets at least.

After the event,

Well even penat tapi aku tak rasa benda itu membebankan. Mungkin sebab aku buat benda tu dengan happy kot. Dorg pun baik. New things I learnt was something yg kita rasa mungkin memenatkan atau membazir masa kita might be the most memorable one. This is the one. So my dear self tak semua benda you have to be overthinking of. Just do it and have fun with it.

Alhamdulillah terima kasih Allah bagi aku peluang baru dan bermakna. :)


Thank you,
Fennie
Erni Apriyanti
Arnes Anestesia
Agus Dermawan
Bintang Dwiputra
:)

Thursday, February 21, 2013

Maturity: I really love this growing stage!

Assalammualaikum.

Baru tadi call mak. Sayu je suara dia. Aku ingat nk call tanya2 khbar je. Tapi end up mak cerita apa yg dia rasa. Aku sedih. Yeah Isnin haritu Kaklong gtau dia dapat placement kat Hospital Batu Pahat. Dia sedih lah sbb dia takut tak independent duduk dengan family. Dengan condition macam tu. Well on behalf of her, aku pun sedih. Sampai malam tu aku susah gila nak tidur. *such an overthinking kid. Well for this reason emak agak sedih.

Then harini aku call mak. Dia cerita pasal Wadiah nak isi borong2 upu tu. Seriously sedih. Sebab aku dulu pernah jugak gaduh2 ng mak sebab nak isi borang upu *huh. Immature! Shame on me* Then it happens again. Kondisi sekarang, mak still kat situ tapi tempat aku tu adik aku plak yg isi. It must be tough on her. Aku just dengat je emak. And bagi sikit kata-kata support kat dia. If I ever had a chance to go back to the 19-years-old-me, aku tak nak sekali-kali bagi perasaan sedih kat mak aku. Not even once. I'm such a kid back then. Well mak cakap mak rasa lega dapat cakap dgn aku. Kalau tak dia asyik terfikir jee. Allah. Sedihnya aku dengar. Rasa berguna jugak aku ni. Serious aku sedih dengar mak cakap macam tu. All those pressure.Jannah doakan Mak, Allah bagi semua ketenangan kat mak dalam waktu susah, kelapangan dada dekat mak waktu-waktu yang susah. Jannah doakan hati mak tenang walaupun banyak masalah. 

Jannah sayang Mak. Sampai akhir dunia. Sampai syurga. 

Well how I wish those words come from 19-years-old -me. The time when I think I truly break her heart. Tapi Alhamdulillah sekarang aku dah sedar, masih tak terlambat lagi.Thanks maturity. Terima kasih Allah for all of these. For the maturity that really lead me to be a good daughter, sister, human and your hamba.

To 19-years-old-Jannah,

"Sometimes we think we are the one that hurt the most, but the fact 

is...someone who truly loves us is the one that endure that kind 

feeling. That is what MATURITY taught me. :')" (Jannah,2013)


                                                                               From, 22-years-old-Jannah


20th February 2013.



Posted on by TheGenn | 2 comments