Wednesday, March 25, 2015

Provisional Register Pharmacist 2015/2016 : Hospital Pontian

Assalammualaikum.
Wow. This is the longest hiatus I took. Last post was on February 2014. Tu pun pasal drama korea. Lol.flying crazy rabbit

Haha. Harini rasa macam nak update blog sbb a new stage of my life started. Alhamdulillah finally after 5 months of waiting since graduation, dapat jugak surat panggilan dari KKM untuk jawatan Pegawai Farmasi U41 Provisional Registered Pharmacist (PRP).

So how was the chronology of my posting.??...

1) SPA interview atAIMST University (during final semester) - May, 2014 
2) Receiving SPA - September 2014
3) Graduation - October 2014
4) Register BLESS (one week after convo)
5)waiting.....
6)waiting.....
7)waiting......
8)Dapat posting. Check through online. Dia bagi tahu negeri mana yang dapat. - March 19.2015
*Be prepare, sbb KKM bagi masa yg singkat je untuk kita lapor diri dari tarikh pemberitahuan. Paling lama seminggu.
9)Dapat surat dari KKM (poslaju) - 20 March, 2015
10) Lapor diri kat Jabatan Kesihatan Negeri - 24 March 2015.

Pagi tu lepas dah lapor diri kan JKN. Miss tu suruh pergi Hospita Permai Lama, Bahagian Farmasi. Aduh berpusing nak cari sampai ke Hospital Tampoi ktorg sampai. Hehe. Time aku smpi tu dah lambat sikit, semua prp dah gather kat situ, so kawan aku cakap Batu Pahat dah penuh. Huwaaaa scratching crazy rabbitTu la kan siapa suruh lambat. Dia kata mula-mula penyelia tu akan tanya kat semua org, siapa nak hospital *sekian sekian*, Contohnya macam Hospital Sultanah Nora Ismail (BP), ada 7 orang angkat tangan, tapi kat HSNI ada empat je kekosong. So dia draw, lagi 3 orang tu nasib la dapat mana-mana. But if ada mutual agreement among PRP, kita boleh exchange sebelum penyelia tu keluar kat surat. Hot hospital yang prp ramai2 nak kat Johor ni adalah HSA,HSI (JB), HSNI (BP) and HPSF (Muar). 

Memandangkan aku dan seorang prp ni lewat, lepas bersurai tu ktorg dua stay la. Tunggu penyelia tu cakap. So dia bagi HSI and Hospital Pontian. The other prp tu nak HSI, so aku terpaksa la terima Hospital Pontian. Ada hikmat kot sbb kalau aku dapat HSI, kawan U aku tu nak suruh tukar dgn dia kat Segamat. So aku tak la dilemma sgt.

Lepas dah dapat surat untuk lapor diri ke respective hospital, on that day itself kena pergi ke hospital masing2 untuk lapor diri. Rushing?? Of courseeee! Nak lagi bila aku dah expect aku dpt BP, so aku x prepare pun barang2, baju2 semua. Rumah sewa lagi...Pheww

Aku mintak cuti dari Ketua Pegawai Farmasi kat Hospital Pontian ni. Lepas dah settle semua tu, aku balik rumah packing barang2 semua dah sekarang aku dah ada kat Pontian. Tadi terbahak2 gelak degan adik ng kakak aku sbb semalam dgn harini seharian berjalan kat Pontian. Ke Pontian Ke Kite?? Saboo je lahhdunno crazy rabbit

So insyaAllah esok permulaan yang baru untuk aku as a working lady. Aku harap aku boleh survive satu tahun ni as PRP. Even at first aku agak down sebab tak dapat posting tempat yang aku nak tapi aku rasa macam banyak benda lagi aku kena bersyukur. Aku dah dapat kerja ni pun dah lebih dari cukup. Sebab at the end, semua benda depends on your mindset. If you are being positive, you'll have a beautiful journey ahead.

So everyone (lol macam la ada reader) please pray for me. Harapnya ni semua diberkati Allah. Amin!

I know it won't be an easy journey but I will look forward for my new adventure!

Ps : Terima kasih sgt kat Abah yg drive, Kaklong ng Eda yang teman dari  mula masa nak lapor diri. Sangat2 appreciate. Tak tahu la macam maca rasanya kalau buat semua ni sorg2. Terima kasih kat Emak for everything, I can never repay you back. To Bangah and Wadiah for being part of my journey too. May Allah bless you, my family. You are the best! love you crazy rabbit

Okay till we meet again. *entah bila lagi laa. Haha.


No comments:

Post a Comment