.Bismillah.
Sejak kebelakangan ni, heboh pasal cerita Ahmad Ammar. Untungnya dia. Pelajar cemerlang straight As' yang ambik bidang sejarah Islam. Aku kagum. Membaca kisah dia, memang selayaknya dia diberi penghormatan sebegitu.
Aku merenung seketika. Melihat sekeliling. Dalam dunia kita sekarang. Termasuklah diri ini sendiri.
Ya, kita hidup di bumi, dalam komuniti sebegini. Kalau results cemerlang amik lah medic etc. Minat ke tidak belakang cerita. Yang penting amik medic, senang dapat kerja, gaji banyak. Untuk masa depan, abaikan lah cita-cita anak itu. Impian dia. Pentingkanlah masa depan dia.
Sungguh. Aku tak pernah menafikan niat murni ibubapa. Aku tahu mereka mahukan yang terbaik. Untuk masa depan anak-anak. Tapi aku sekarang dah berada di tahap yang matang. Perjalanan aku dalam mencari agama, membuat aku terfikir sejenak.
Untuk apa semua ini? Apa niat kita?
Aku sendiri berfikir sebegitu, senang dapat kerja. But what are all of this about?? We are going to die someday, somehow. Is that all worth at the end? NIAT. Kebergantuang kepada bidang yang diambil, belum tentu boleh buat kita senang. Niatkalah semua tu untuk cari redha Allah. Allah yang tentukan rezeki. Bukan manusia, bukan kerjaya.
Post aku ni bukan nak kata tak bagus amik medic ke dentistry ke pharmacy ke.
Untuk mereka yang betul-betul minat dalam bidang medic ni, teruskanlah, semoga Allah permudahkan perjalanan kalian untuk membantu manusia.
Post ni lebih kepada untuk membuka minda, luaskan mentaliti kita. Rezeki tu milik Allah. Tapi aku tak tahu mentaliti ini boleh diubah ke tidak. Kita hidup dalam kominiti ini, istilah dia macam "masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang lembu mengembu". Kita ikutkan jelah.
Alhamdulillah for all I have. Sekadar pandangan bukan
Biarkan aku terus berfikir. Kerana aku belum mampu untuk mengubah diri apatah lagi untuk mengubah dunia. ( Solat 5 waktu pun tunggang langgang) -__-
yaAllah permudahkanlah perjalanan aku, Ikhlaskanlah hati aku. Redhakanlah kehidupan aku.
Salam.
Ps; I'm not a medic student. Hehe.
0 Comments:
Post a Comment