Assalammualaikum.
Hehe ye saya tgh study week skrg. Tapi sempat je nk
membebel. Tp mood nk blogging ni kalau dah ada takleh nk simpan nanti hilang
mood excited. Anyway esok mungkin kat Aimst tak ada elektrik dari 9am-7pm dan
aku ada exam hari Isnin,Rabu,Khamis dan Jumaat. Great!
Well actually aku ada satu rasa. Rasa pasal teknologi dan
masa. Hmm aku ingat lagi time aku nak make decision nak tutup akaun twitter.
Time tu mmg berbelah bagi sangat. Tapi aku paksakan jugak. Sebab yaAllah banyak
sgt masa aku terbuang kat situ. Wahh aku sendiri kagum dgn dunia teknologi ni
boleh buat aku macam tu. Last tweet, aku ada cakap yang I’ll come for good kat
twitter. But now I’m still not good. So maybe belum lag nak kembali ke dunia
twitter.
Dan skrg bila tak ada twitter aku agak aktif jugak lah kat
facebook. Well this is another major problem. Aku sendiri rasa terkilan dgn
diri sendiri sebab bukak facebook tu mcm dah jadi rutin harian. WAJIB. Serius
bila study aku mesti nk jenguk2 jugak facebook tu *Selalu kat U lah, kat umah
mmg aku tak suka sgt online*. Even aku tahu tak ada benda pun. Terkilan dengan
diri. Aku rasa jugak nak tutup akaun facebook tp sbb nak tahu update pharmacy group aku batalkan niat tu. Dan sebab pembatalan niat tu buat aku terus-menerus
lalai. Well again aku sangat kagum dgn teknologi. Aku tak kata teknologi ni
100% tak bagus. Semua benda ada pros and cons. But as Muslim kalau benda tu
bawak kita jauh dari Illahi. Aku rasa banyaklah cons dia. Wallahualam.
Aku bersyukur, at least zaman aku kecik dulu teknologi tak
mcm skrg. Aku ada moments yang tak bergantung pada teknologi. No internet no
gadget. Just main masak2, main police entry dan mandi air hujan. Ohh memories.
Teringat masa borak-borak dgn hamba Allah. Dia ada cakap
something like matlamat utama dalam hidup kita untuk MENCARI REDHA ALLAH. Tak
kisahlahh dalam apa benda kita buat..belajar ke, online ke. Bukan nak dapat
pahala lebih dari orang lain, nak masuk syurga semata-mata atau kasi org lain
nmpk kita ni baik or lagi bagus. Just MENCARI REDHA ALLAH.
Yeah aku tak adalah alim mana. But lately banyak benda came
across my mind. Banyak benda yang buat aku terfikir. Well thanks to maturity. Dan
semalam aku agak stress sangat-sangat-sangat. Lepas tu aku google lah surah
penerang hari. Surah Al-Insyirah.
"Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada
kemudahan." 94;5
Sedih sebab time2 down lah baru ada insiatif nak cari. My
bad. But what makes me happy was when I read it with the meaning, surprisingly
hilang rasa resah gelisah semua. First time aku rasa mcm ni. After 21
years old. Baru aku sedar ayat-ayat
cinta dari Allah tulah pengubat,penenang semua. Aku malu kadang-kadang sebab aku lupa pada
yang Satu. Duniawi aku lebih banyak dari akhirat. Aku rasa sekarang aku berada
di stage ‘mencari-cari’. Sesuatu yang hilang kat dalam hati. Redha Allah.
I don’t know when but I really hope it will come very soon.
The time where I spend most of my time for Allah and Al-Quran not for facebook
(or etc). Time where I’ll live 100% of
my life to impress Allah not the world. The time what people said as dapat Hidayah. A gift that I think all of us really want it. Tak kisah lah kita ni baik ke tidak. It is Hidayah, a very speacial GIFT that our HEART longing for. :)
Anyway I thanked Allah for giving me this a little bit of
maturity. See you people. Semoga Allah menjaga hati-hati kita. Aminn.
Ps; Doakan aku untuk apa-apa jelah.
Assalammualaikum.
Gambar baru amik lepas dinner tadi. Love it.
:)
Well 2013 is approaching. Almost 10 years back, I was just 12-years old girl. Now I am a lady *I guess so*. Ohh how time flies. :')
0 Comments:
Post a Comment